RESEPI KUIH MUIH

Bahan-bahan ( 14 ketul )

  • 14 keping kulit popia
  • 1 cawan sayur campur
  • 1 cawan isi ayam
  • 1/2 bawang besar dipotong dadu
  • 1/2 kiub ayam
  • minyak untuk menumis dan menggoreng
  • sedikit air
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-cara

  1. Hiris isi ayam nipis-nipis
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau
  3. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak
  4. Masukkan sedikit air
  5. Kemudian masukkan kiub ayam
  6. Masukkan serbuk lada sulah
  7. Masukkan sayur campur
  8. Goreng lagi dalam 2-3 minit atau sehingga air kering
  9. Ambik sekeping kulit popia. Letakkan inti yang dah siap tadi. Kemudian bungkus. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam. Buat sampai habis
  10. Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan 


RESEPI MEE SUP BOLA
 Bahan
  • 1 @ 2 bungkus mee (dicelur)
  • 1/2 kg ayam (ambil dagingnye sahaja)
  • sawi - ikut citara sendiri
  • fish ball 
  • Daun sup
  • 1 inci halia
  • sedikit lada putih/hitam -diblander
  • 2 keping asam gelugor@ asam keping
  • Sup bunjut adabi
  • Bahan tumisan -bawang merah/b.putih/halia/kayu manis/bunga lawang/
  • Air 
Cara
  • Tumis semua bahan tumisan +  bunjut adabi 
  • masukkan air
  • kemudian apabila sudah mendidih baru masukkan ayam
  • Masukkan fish boll (jgn dipotong supaya nampak macam bola)
  • Masukkan sawi + lada putih 
  • Bubuh la garam + perasa (jika ada)
  • Bila dah masak  bolehlah  dihidang...
PUDING JAGUNG COCKTAIL

Ramuan

Bahan-bahan Puding :
Tepung Kastard 1 cawan
Air Masak 5 cawan
Susu Cair (Optional) 1 tin
Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan
Gula Pasir ½ cawan
Garam 1 sudu kecil

Bahan-bahan Kuah Cocktail :
Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
Susu Cair 1 tin
Gula Pasir 4 sudu besar
Garam ½ sudu kecil
Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
Air Masak ikut kesesuaian

Cara Penyediaan

Cara Menyediakan Puding :
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
2. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
3. Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
4. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
5. Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api.
6. Ingat, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
7. Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
8. Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air.
9. Setelah itu masukkan ke peti sejuk.

Cara Menyediakan Kuah Cocktail :
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Masak dengan api sederhana kecil.
3. Bila dah mendidih, sila tutup api dan sejukkan.
4. Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan.
5. Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS.
6. Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.
7. Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.